[Tertiris] Pelindung Skrin Atau Panel Depan Samsung Galaxy S9 Mula Kelihatan

Sebelum ini eRing ada berkongsi artikel tentang ketirisan gambar yang dipercayai dari model Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+. Namun begitu baru-baru ini tersebarnya pula gambar yang dipercayai sama ada pelindung skrin atau mungkin juga panel depan yang akan digunakan pada Samsung Galaxy S9.

Walaupun tiada maklumat yang diterima, berdasarkan daripada gambar yang diperolehi dari Weibo itu jelas telah tertera perkataan ‘S9’ diikuti dengan tulisan berbahasa Cina yang berkemungkinan besar membawa maksud ‘original’. Benar atau tidak, nampaknya pembaca di luar sana perlulah bersabar sementara menantikan pendedahan rasminya pada tahun 2018 nanti.

Sumber: SlashLeaks

You might also like