HP Serlahkan Ekspresi & Pelopori Kreativiti Dengan Melancarkan Inovasi Baharu bagi Karyawan Masa Depan Malaysia!!!

144

HP Inc. Malaysia telah melancarkan rangkaian baharu inovasi PC dan Percetakan yang bakal menyerlahkan ekspresi sambil para karyawan bekerja dan menghasilkan kandungan baik di rumah mahupun semasa bergerak. Peranti terbaharu dalam HP Create Ecosystem, HP ZBook Create, HP ENVY x360 dan HP Deskjet Plus Ink Advantage 6000 series akan menzahirkan kreativiti Creators of Tomorrow.

HP ENVY x360 menggunakan pemproses berbilang teras AMD Ryzen 4000 Series untuk membawakan prestasi komputer riba mengagumkan menerusi sebuah pemproses berbilang ulir dan grafik Vega untuk tugasan multimedia intensif. 

Serlah hasil karya anda dengan paparan mengagumkan berlandaskan Radeon Graphics, yang dipacu oleh hayat bateri luar biasa. Paparan skrin mikrosisi, berbilang sentuh dengan kaca Corning® Gorilla® Glass NBT™ dari sisi ke sisi membolehkan karya dicipta tanpa batasan, manakala HP Stylus Pen, dengan tahap kependaman dan kepekaan lebih tinggi membolehkan karyawan untuk bertukar warna dan menghasilkan karya secara semula jadi  tanpa sebarang gangguan.

HP ZBook Create, komputer riba 15” paling kecil untuk menghasilkan karya dan permainan komputer, membolehkan pengguna mencipta sambil bergerak, dengan cara yang jauh berbeza daripada masa lepas. Peranti ZBook Create memuatkan skrin DreamColor pemenang anugerah HP dengan hayat bateri 17.5 jam, yang tahan sepanjang hari2. Ini membolehkan pereka seni visual, pakar animasi dan pakar warna untuk memaparkan kandungan mereka dengan tepat pada skrin dari mana-mana sahaja. 

Karyawan boleh mereka cipta, menyunting, memaparkan, dan menyiarkan, walau betapa rumit aliran kerjanya, dengan pilihan grafik Quadro® atau GeForce® dan pemproses Intel® Core™ dan Intel® Xeon® generasi akan datang. 

Rangkaian mesin cetak HP DeskJet Plus Ink Advantage 6000 series menyediakan keupayaan percetakan yang berkualiti dan boleh dipercayai yang membezakannya daripada mesin cetak lain setarafnya. Warna terang dengan dpi optimum 4800×1200 dan output hitam dpi 1200×1200 membolehkan anda menghasilkan teks hitam menyerlah dan grafik terang untuk dokumen dan foto yang dicetak setiap hari.

Boleh didapati dalam warna putih, mesin cetak bergaya ini boleh dimuatkan secara anggun dalam ruang kerja dan kediaman. Alat ini menyediakan pengalaman percetakan lancar dengan interaksi intuitif dan berpandu dan dilengkapi dengan butang pintar yang hanya muncul apabila perlu. 

Harga dan Bekalan

  • HP ENVY x360 boleh didapati sekarang, bermula daripada harga RM3,799.00.
  • HP ZBook Studio dan HP ZBook Create boleh didapati sekarang, bermula daripada harga RM11,236.00.

HP DeskJet Plus Ink Advantage 6000 series boleh didapati sekarang, bermula daripada harga RM459.