Fuji Xerox Menjadi Syarikat Pertama Jepun yang Mendapat Penarafan Tertinggi untuk Pematuhan NIST SP 800-171 Piawaian Keselamatan A.S.

80

TOKYO, 15 Oktober 2020 /PRNewswire/ — Fuji Xerox Co., Ltd. menjadi yang pertama di Jepun yang memenangi penarafan keselamatan maklumat tertinggi AAAis*1 untuk tahap pematuhan NIST SP 800-171 piawaian keselamatan A.S. yang diaplikasikan pada peranti/pencetak multifungsi warna digital siri ApeosPort*2 NIST SP 800-171 merupakan garis panduan piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan. (NIST). Penarafan telah dilakukan oleh I. S. Rating Co., Ltd. dan efektif untuk siri ApeosPort yang dijual di Jepun.

Mematuhi NIST SP 800-171 memerlukan 110 syarat keselamatan tahap tinggi dipenuhi. Fuji Xerox menganalisis keperluan tersebut dan mula mengaplikasikan standard tersebut pada produk yang dikeluarkan pada bulan November 2019 dan sesudah itu*3, tetapi langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat dimasukkan ke dalam siri ApeosPort baharu yang dilancarkan pada bulan Ogos 2020. Pematuhan kukuh terhadap keselamatan ini membawa Fuji Xerox menjadi syarikat pertama Jepun yang memenangi penarafan AAAis daripada I. S. Rating sebagai pengiktirafan kepada kumpulan produknya yang mempunyai “tahap pematuhan yang sangat tinggi” terhadap NIST SP 800-171.

Jabatan Pertahanan A.S. mewajibkan pematuhan NIST SP 800-171 kepada pembekalnya. Tahap keperluan keselamatan juga meningkat di Jepun dalam standard pemerolehan untuk industri pertahanan. Pada masa akan datang, syarat untuk pematuhan NIST SP 800-171 dijangka akan tersebar lebih meluas, bukan hanya dalam industri pertahanan tetapi juga di kalangan syarikat swasta yang menjalankan perniagaan mereka di peringkat global.

Penarafan keselamatan maklumat AAA yang diberikan oleh I. S. Rating Co., Ltd. untuk tahap pematuhan NIST SP 800-171 hanya efektif untuk siri ApeosPort*2 yang dipasarkan di Jepun; namun, model produk yang sama turut dipasarkan di rantau Asia Pasifik.

Siaran akhbar oleh I. S. Rating Co., Ltd. boleh didapati di sini (dalam bahasa Jepun sahaja).

Nota 1:

“is” bermaksud Information Security (Keselamatan Maklumat)

Nota 2:

ApeosPort C2570/C3070/C3570/C4570/C5570/C6570/C7070, ApeosPort 3570/4570
ApeosPort C2060/C2360, ApeosPort 1860/2560/3060, ApeosPort Print C4570/C5570
ApeosPort-VII C4422/C3322/5022/CP4422/CP3322/P4022

Nota 3:

ApeosPort-VII C7788/C6688/C5588, DocuCentre-VII C7788/C6688/C5588
ApeosPort-VII C7773/C6673/C5573/C4473/C33723/C3372/C2273
DocuCentre-VII C7773/C6673/C5573/C4473/C3373/C3372/C2273

Tentang I. S. Rating Co., Ltd.

I.S. Rating ialah organisasi penilaian pihak ketiga pertama di dunia yang memberikan penilaian berkenaan keselamatan maklumat. Syarikat ini sedang berusaha untuk membangunkan sistem sosial yang mengesahkan tahap langkah pengurusan maklumat dengan pendekatan “penilaian”.
http://www.israting.com/eng/index.html 

Tentang Fuji Xerox

Ditubuhkan pada tahun 1962, Fuji Xerox Co., Ltd. merupakan syarikat terkemuka dalam menawarkan cara yang lebih pintar untuk bekerja dengan penyelesaian dan perkhidmatannya yang berkaitan dengan dokumen, serta dengan peranti multifungsi pejabat, pencetak dan pencetak pengeluaran bertaraf dunia yang kami bangunkan dan hasilkan untuk pengedaran di seluruh dunia. 

Fuji Xerox ialah anak syarikat milik penuh FUJIFILM Holdings Corporation dengan tenaga jualan langsung meliputi Jepun dan rantau Asia Pasifik termasuk China. Sebagai syarikat bernilai 10 bilion dolar Amerika, kami menggaji kira-kira 40,000 orang pekerja di seluruh dunia, dengan lebih daripada 80 anak syarikat / syarikat gabungan di dalam dan di luar negara. Pada 1 April 2021, Fuji Xerox akan menukar nama korporatnya kepada FUJIFILM Business Innovation Corp.

Fuji Xerox Asia Pacific merupakan anak syarikat Fuji Xerox yang menyelia operasi jualan di rantau Asia Pasifik.
http://www.fujixerox.com

Hubungan media:

Angel Khoo
Pengurus Pemasaran & Komunikasi
Fuji Xerox Asia Pacific Pte. Ltd.
T: +65 6239 7173
E: angel.khoo@fujixerox.com 

Xerox, Xerox and Design, serta Fuji Xerox and Design ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Xerox Corporation di Jepun dan/atau negara lain.

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20201009/2945153-1?lang=0 
Logo – https://photos.prnasia.com/prnh/20201006/2941121-1LOGO?lang=0 

Source: PRNEWSWIRE