
HTC U 11 Life Dengan Skrin 5.2” HD penuh, SD 630 – Adik Kepada HTC U 11

Selepas sebulan pelancaran HTC U 11, ada khabar angin mengatakan bahawa satu model di bawahnya akan diperkenalkan. Kod nama “HTC Ocean Life” telah digunakan oleh pembangun, kini tersebar pula nama sebenarnya ialah HTC U 11 Life.
Dilaporkan, telefon pintar ini hadir dengan paparan bersaiz 5.2 inci beresolusi 1920x1080p. Kualiti dan saiz skrin kini direndahkan berbanding abangnya HTC U 11 dengan 2560x1440p pada paparan 5.5 inci. Dijana menggunakan cip kuasa Snapdragon 630, storan yang disediakan pula adalah sebanyak 32GB yang juga menyokong sehingga 2TB menerusi kad microSD.

Kamera depan masih mengekalkan sensor 16MP, manakala dibelakang telah ditukarkan daripada 12MP kepada 16MP. Fungsi Edge Sense yang menjadi keutamaan pada model HTC tahun ini sama sekali tidak dilupakan.
Untuk menjadikan HTC U 11 Life ini kalis air dan debu (IP67) kewujudan bicu 3.5mm audio jack telahpun dinyahkan. Bagaimanapun, perkakasan seperti Bluetooth v5.0 sekaligus dapat membantu pengguna menggunakan peranti tanpa wayar tanpa sebarang masalah.
Buat masa ini, HTC U 11 Life akan diumumkan di AS melalui telco T-Mobile namun tiada spekulasi ia akan dibawa ke pasaran Malaysia.

