Android O Adalah Yang Terakhir Untuk OnePlus 3 Dan 3T

Hari ini Ketua Produk OnePlus China, Oliver Z memberikan jawapan kepada soalan yang berkali-kali ditanya sama ada OnePlus 3 dan 3T akan menerima kemas kini di masa hadapan? Jawapannya adalah tidak, OnePlus 3 dan 3T tidak akan menerima sebarang kemas kini perisian selepas Android O tetapi akan ada patch keselamatan dikeluarkan di masa depan bersama beberapa kemas kini untuk aplikasi pra-pasang.

Tambah beliau, selepas OnePlus 3 dan 3T dikemas kini oleh Android O pada penghujung tahun ini, semua Open Program Beta akan beralih kepada model OnePlus 5. Walaubagaimanapun, sistem OxygenOS 4.5 masih akan diterima oleh pengguna OnePlus 3 dan 3T yang dijangka akan dikeluarkan satu ke dua bulan akan datang.

Namun, ada ciri yang tidak akan diterima oleh mereka seperti Reading Mode, Screen Gesture, dan DCI-P3 Screen Calibration. Ini kerana OnePlus 3 dan 3T memiliki perkakasan yang jauh lebih rendah daripada OnePlus 5.

You might also like