
OnePlus 3/3T Akan Menerima Android O Selewat-Lewatnya Akhir Tahun Ini!!!
OnePlus telah menghentikan pengeluaran model 3 dan 3T, lantas menggantikannya dengan flagship terbaru iaitu OnePlus 5 yang baru sahaja dilancarkan pada 21 Jun lalu. Walaupun tiada lagi model 3 dikeluarkan, pihak OnePlus mengumumkan mereka akan menyediakan kemas kini Android O kepada para penggunanya.
Pengesahan rasmi yang telah dibuat oleh Pete Lau, selaku CEO syarikat berasal dari Shenzhen menyatakan pemilik OnePlus 3 dan OnePlus 3T akan menikmati ciri-ciri baru Android O pada telefon pintar mereka sebelum akhir tahun ini.