Kemas Kini Terbaru Pokemon GO Akan Menyokong Efek Cuaca Mengikut Dunia Sebenar

Selepas kejayaan menangkap 3 bilion Pokemon dalam cabaran Global Catch Challenge baru-baru ini, Niantic nampaknya bakal menyediakan kemas kini terbaru untuk aplikasi yang pernah mencetuskan fenomena global pada awal kemunculannya. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kemas kini terbaru Pokemon GO yang bakal tiba tidak lama ini akan membawakan sekurang-kurangnya 50 Pokemon Gen III baharu untuk peringkat awal ini.

https://youtu.be/dUztYCMZYls

Apa yang lebih istimewanya, Niantic juga dikatakan turut memperkenalkan satu lagi ciri menarik di dalam kemas kini tersebut dengan sokongan ‘cuaca dinamik’. Ini bermakna permainan Pokemon GO secara automatik boleh mengesan cuaca di sekitar anda berada dan akan sentiasa berubah mengikut lokasi semasa. Terdapat enam efek cuaca yang disokong iaitu Sunny, Rainy, Snowy, Foggy, Partly Cloudy dan juga Windy.

Sokongan efek cuaca dinamik ini juga turut mendorong kemunculan Pokemon elemental tertentu bergantung kepada cuaca yang spesifik. Sebagai contoh, lebih banyak Pokemon berasakan elemen air dan elektrik yang lebih kuat akan muncul apabila hujan, manakala Pokemon berasaskan elemen rumput, tanah dan juga api akan muncul dalam cuaca cerah. Ini juga secara tidak langsung akan memberikan kelebihan pada Pokemon dengan elemen tertentu bergantung kepada cuaca ketika bertarung di gim.

You might also like