
Pasti apabila namanya disebut, semua akan mengenali biduanita negara iaitu Saloma. Ada sesuatu yang menarik jika anda menggunakan carian google hari ini apabila anda akan melihat logo Google dihiasi dengan watak kartun yang melambangkan ikon seni ini.

Bagi yang tidak mengetahui, hari ini merupakan tarikh dimana beliau dinobatkan sebagai Biduanita Negara iaitu bertarik 26 November 1978.
Legenda tanah air ini merupakan penyanyi yang sangat popular pada satu ketika dahulu. Antara lagu-lagu yang menjadi siulan peminat adalah Selamat hari raya, Selamat pengantin Baru, Bila Larut Malam, dan banyak lagi.

