
Bertukar Dari Peranti iOS Kini Lebih Mudah Dengan Android 7.0
Kesukaran memindahkan data dari satu platform ke platform yang lain merupakan antara penyebab utama ada di antara pengguna yang tidak begitu gemar untuk mencuba platform yang berbeza. Jadi sekiranya sebelum ini merupakan pengguna peranti iOS dan teringin untuk beralih ke peranti Android, proses tersebut menjadi lebih mudah sekiranya peranti baru itu dioperasikan dengan Android 7.0 Nougat.
Apabila pertama kali mengaktifkan peranti yang dioperasikan dengan Android 7.0, terdapat tiga pilihan yang boleh dipilih untuk proses pemindahan data termasuklah terus melalui peranti iOS anda seperti iPhone dan juga iPad. Sebaik sahaja anda memilih menu pemindahan data dari peranti iOS ke Android, satu tetingkap mesej akan meminta anda untuk melayari laman web switch. Melalui laman web tersebut, anda berupaya untuk memindahkan emel, kontak, gambar, muzik, dan juga aplikasi kegemaran dari Google Play Store.

