Samsung Galaxy A3, A5 & A7 Edisi 2017 Sudah Disahkan Kehadirannya

SAMPLE - SAMSUNG GALAXY A5 (2016)
SAMPLE – SAMSUNG GALAXY A5 (2016)

Siri A keluaran Samsung tidak dinafikan sering menjadi pilihan pengguna yang inginkan sebuah peranti yang tampil dengan rekaan menarik pada harga yang sederhana. Lebih menariknya, kemunculan siri A (2016) yang lalu telah memperlihatkan penambahbaikan yang amat baik apabila Samsung bukan sahaja mengguna pakai rekaan premium seperti Samsung Galaxy S6, tetapi siri ini juga turut didatangkan dengan pengimbas cap jari dan juga kamera yang dilengkapi teknologi OIS (Opticam Image Stabilization).

Selepas tempoh lebih kurang sembilan bulan Samsung Galaxy A3, A5 dan A7 (2016) berada di pasaran, nampaknya kini telah disahkan bahawa Samsung bakal tampil dengan edisi terbaru 2017 untuk ketiga-tiga model tersebut.

pic 1Berdasarkan kepada sumber yang diperolehi, ketiga-tiga model ini akan tampil dengan model SM-A320F, SM-A520F dan juga SM-A720F. Bahkan model SM-A520F juga baru-baru ini turut dilihat sudahpun berada dalam senarai import di India untuk tujuan percubaan sebelum ianya dilancarkan secara rasmi. Manakala dua model lagi dikatakan bakal melalui proses yang sama tidak lama lagi.

pic 2Menurut maklumat yang didapati daripada ujian benchmark yang telah dijalankan pada Samsung Galaxy A5 (2017), ia bakal dioperasikan dengan Android 6.0.01 Marshmallow, dikuasakan dengan pemproses Octa Core Exynos 7880 dan juga menyokong RAM berkapasiti 3GB. Sebelum ini siri A (2016) telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada Disember 2015 dan mula tersedia di pasaran pada Januari 2016 yang lalu. Jadi berkemungkinan besar siri A (2017) ini juga akan mula diperkenalkan pada penghujung tahun ini dan mula berada di pasaran pada awal tahun depan.

You might also like