
Lagi Peranti Baru Dari Samsung?!
Samsung nampaknya sedang giat membina satu lagi smartphone kelas mid-range. Setelah hampir dua tahun sejak Galaxy Grand Prime dilancarkan, model tersebut nampaknya sedang dalam proses untuk diberikan nafas baru.
Galaxy Grand Prime yang dilancarkan pada tahun 2014 mempunyai skrin-5 inci 540 × 960 piksel, pemproses 1.2GHz quad-core, 1GB RAM dan 8GB storan dalaman dengan kamera belakang 8 megapiksel, dijangkakan kesemua spesifikasi tersebut akan ditambah baik untuk generasi baru.
Menurut sumber, Samsung dilaporkan telah memesan beberapa komponen untuk proses pembangunan model Galaxy Grand Prime yang baru. Buat masa kini masih tiada bukti kukuh untuk mensahihkan berita tersebut.
Bagaimana pula pendapat anda, adakah ianya langkah yang bijak dari Samsung untuk mengeluarkan lagi model mid-range setelah melancarkan siri Galaxy J 2016?

