Smart Palm Menawarkan Sambungan WiFi Dan Stesen Mengecas Percuma Di Dubai

Smart Palm sememangnya satu rekaan pintar yang mampu memberikan manfaat kepada orang awam, terutamanya di kawasan rekreasi.

Dengan rekaan mirip seperti pokok palma, Smart Palm sebenarnya bukanlah sekadar tempat berehat semata-mata kerana ia sebenarnya menawarkan pelbagai ciri-ciri berteknologi tinggi yang mampu membuatkan anda kagum dan berminat untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan segala fungsi yang ditawarkannya.

Untuk pengetahuan anda, Smart Palm merupakan sebuah tempat berehat atau kiosk yang menawarkan enam ciri-ciri utama iaitu sambungan hotspot WiFi, ciri keselamatan dengan sokongan kamera CCTV 360 darjah yang dilengkapi butang kecemasan, dikuasakan dengan panel solar, skrin maklumat komuniti dengan sokongan skrin sentuh, paparan skrin untuk notis awam atau iklan komersial, dan juga menawarkan stesen untuk pengecasan bateri peranti mudah alih yang sangat pantas.

Penyediaan Smart Palm di pesisiran pantai di Dubai mampu menarik perhatian pengunjung dari seluruh dunia.

Apa yang menariknya, perkhidmatan yang disediakan oleh Smart Palm ini boleh diakses oleh orang awam dan ianya ditawarkan secara percuma. Sungguhpun begitu, Dubai menjadi satu-satunya negara yang menawarkan Smart Palm dan setakat ini terdapat lebih daripada 50 poin Smart Palm di sepanjang persisiran pantai yang menjadi tumpuan pelancong.

Sumber: Mashable

You might also like