
Lenovo K320t Diperkenalkan Dengan Skrin 18:9 Dan Dwi Kamera
Lenovo kini melancarkan sebuah telefon pintar terbaru iaitu K320t. Peranti ini menjadi yang pertama menggunakan paparan nisbah 18:9 keluaran Lenovo melalui skrin bersaiz 5.7-inci HD 720 x 1440p.
Ia dikuasakan oleh cip pemproses Spreadtrum Quad-core 1.3Ghz bersama memori RAM sebesar 2GB dan 3GB serta storan 16GB dan 32GB dalam dua varian. Dijana menerusi sistem Android 7.0 Nougat, peranti ini turut dipadankan dengan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, terdapat konfigurasi dwi kamera di belakang yang membekalkan sensor 8MP + 2MP dan satu di bahagian depan menggunakan kamera 8 Megapiksel. Pengimbas cap jari juga turut disediakan di bahagian belakang badan peranti.
Buat masa ini, Lenovo K320t dipasarkan di pasaran China terlebih dahulu pada harga bermula CNY999 (kira-kira RM617) sebuah.

