
Google I/O 2016: Allo: Aplikasi Mesej Serba Baru Dan Serba Boleh
Tidak lama lagi pemilik peranti Android boleh mencuba aplikasi mesej serba baru yang mungkin sahaja mengubah cara anda bersembang dengan rakan-rakan. Dikenali dengan Allo, aplikasi mesej ini memerlukan anda mendaftar sebagai pengguna dengan nombor telefon. Ia mempunyai fungsi asas sebuah aplikasi mesej seperti emoji, stickers dan suntingan gambar.
Apa yang istimewa pada Allo adalah anda boleh menetapkan saiz teks yang dihantar dengan menggerakkan slider di sebelah kanan skrin. Selain itu teknologi Google Assistant juga telah diintegrasikan ke dalam Allo, apabila anda menerima teks atau gambar, Allo dengan bijak menganalisis kandungan mesej tersebut dan mencadangkan mesej reply. Privasi juga menjadi aspek terpenting di dalam Allo, Google mengumumkan bahawa Allo akan menggunakan end to end encryption bagi memastikan privasi pengguna tidak bocor.
Baca Juga:
- Google I/O 2016: Duo: Pencabar FaceTime
- Google I/O 2016: Android Auto Untuk Semua
- Google I/O 2016: Kini Anda Tidak Perlu Lagi Muat Turun Aplikasi
- Google I/O 2016: Selamat Tinggal Okay Google, Hello Google Assistant

