OPPO A83 Akan Mula Dijual Di Malaysia Mulai 23 Januari 2018

Sekiranya anda mengikuti artikel yang pernah dikongsikan oleh eRing sebelum ini, OPPO telahpun melancarkan model terbarunya dari kelas permulaan yang memfokuskan kehebatan swafoto terbaik dengan kemunculan OPPO A83. Dengan harga jualan CNY1,399 (sekitar RM872), model ini hanya diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran di China bermula 29 Disember 2017 yang lalu.

Nampaknya ‘kaki swafoto’ di negara ini akan turut berpeluang memiliki model OPPO A83 selepas OPPO Malaysia telah mengesahkan bahawa model ini akan mula dibawa masuk secara rasmi bermula 23 Januari 2018 nanti. Namun begitu, harga jualan OPPO A83 untuk pasaran tempatan masih lagi dirahsiakan buat masa ini.

SPESIFIKASI OPPO A83:

  • Android 7.1 Nougat (ColorOS 3.2)
  • MediaTek MT6763T Helio P23 (Octa Core 2.5 GHz)
  • 32GB + RAM 3GB
  • 5.7 inci IPS LCD HD+
  • 1440 x 720 piksel (18:9)
  • microSD (sehingga 256GB)
  • 13 Megapiksel, Aperture f/2.2 (kamera utama)
  • 8 Megapiksel, Aperture f/2.2 (kamera depan)
  • 3,180 mAh
You might also like