OPPO A83 Diperkenalkan Dengan Paparan 5.7” Dan Kamera 13MP

OPPO baru-baru ini memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar kelas pertengahan yang dinamakan OPPO A83. Telefon pintar ini dikuasakan dengan cip Octa-core 2.5Ghz bersama paparan 18:9 pada skrin bersaiz 5.7 inci beresolusi 1440 x 720p.

Berukuran 150.5 x 73.1 x 7.7mm dan seberat 143g, peranti ini turut dimuatkan dengan memori dalaman 4GB dan storan seluas 32GB. Selain itu, perkakasan dalaman juga didatangkan dengan bateri sebesar 3,090mAh yang dijana melalui sistem antaramuka Android 7.1 Nougat. Melengkapkan ciri-ciri A83, telefon ini juga menyediakan teknologi pengecaman wajah sepantas 0.18 saat.

OPPO A83 dijual pada harga CNY1,399 (sekitar RM872) dengan pilihan warna Champagne gold dan Black bermula 29 Disember depan di pasaran China buat masa ini.

Sumber

You might also like