Acer Melancarkan Monitor Gaming Terbaru Ke Dalam Pasaran Malaysia

Acer Malaysia membuka tirai 2017 dengan melancarkan 3 model monitor dengan dua daripadanya disasarkan untuk golongan gamer tegar.

Acer XR342CK

1 2

Monitor premium dengan saiz paparan 34 inci melengkung ini menawarkan resolusi paparan 4K 3440 x 1440 piksel dan ianya menjadi lebih baik dengan skrin melengkung kerana anda dapat merasai pengalaman paparan yang lebih imersif. Teknologi talaan warna 6 paksi dan DTS Sound akan memberikan anda lebih kepuasan dari segi visual dan audio ketika anda menjalankan misi di dalam permainan. Selain itu anda juga mempunyai kawalan kepada cahaya ambient yang boleh dilihat pada bar bawah monitor. Acer juga melengkapkan monitor ini dengan AMD FreeSync dengan kadar refresh rate 75Hz agar visual permainan sentiasa lancar.

Monitor Acer XR342CK dijual pada harga RM 3,899

 

Acer Predator XB321HK

Ini pula monitor 32 inci dengan reka bentuk yang lebih garang dengan skema warna hitam dan merah yang pasti akan menonjolkan lagi setup komputer anda. Monitor ini dilengkapi teknologi GameView yang membolehkan anda menetapkan pelbagai tetapan custom bagi permainan anda.

1 3

Selain itu, teknologi NVIDIA G-Sync juga ada pada monitor ini bagi memberikan butiran paparan yang terperinci dan juga lancar. Resolusi 4K 3840 x 2160 piksel dengan sokongan 100% sRGB gamut akan memastikan warna, butiran dan kualiti paparan pada monitor ini berada pada tahap terbaik. Untuk menyokong kesemua kemampuan ini, monitor ini mempunyai kebolehan refresh rate sehingga 60Hz dan masa respon 4ms.

Monitor Predator XB321HK dijual pada harga RM 4,799

 

Acer ET430K

Model ini mempunyai saiz paparan terbesar di antara ketiga-tiga monitor yang dilancarkan pada hari ini. Acer ET430K menawarkan saiz paparan 43 inci dengan resolusi 4K 3840 x 2160 piksel yang disokong teknologi Super Sharpness yang akan memberikan butiran yang terperinci pada apa sahaja paparan yang anda buka pada monitor ini.

1 3

Fungsi Picture in Picture pula membolehkan anda melakukan multitasking dengan pantas dan mudah. Selain itu, Acer juga melengkapkan monitor ini dengan fungsi BlueLightShield, Flicker-less dan juga ComfyView bagi memastikan anda selesa menggunakan monitor ini untuk bekerja walaupun untuk jangka masa yang lama.

Acer ET430K ditawarkan pada harga RM 2,299

 

You might also like