Sony Mengadakan Promosi Sempena Hari Merdeka Dan Hari Malaysia

- Iklan -

Dua hari lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan, seterusnya Hari Malaysia pula bakal tiba tidak lama selepas itu. Demi memeriahkan lagi hari yang bermakna buat Malaysia, Sony dengan berbesar hati mengadakan jualan promosi ke atas model-model telefon pintar Xperia.

Bermula 25 Ogos hingga 17 September depan, sebarang pembelian untuk Sony Xperia XZ Premium (RM3,399), Xperia XZs (RM2,699), Xperia XZ (RM2,199), Xperia XA1 Ultra (RM1,899), Xperia XA1 (RM1,199), Xperia X (RM2,199), dan Xperia XA Ultra (RM1,499) layak membawa pulang hadiah percuma dari Sony. Hadiah ini merupakan satu sarung peranti jernih, pelindung skrin, dan dok pengecas DK52 dengan jaminan tambahan selama satu tahun (bergantung pada model).

Sebagai tambahan, pengguna Xperia juga layak untuk menyertai peraduan “Malaysia Day” yang menawarkan hadiah seperti dua (2) TV Bravia 4K Ultra HD, empat (4) Playstation 4, dan 30 Speaker Bluetooth BSP-10. Untuk itu, peserta perlu log masuk ke Xperia Lounge atau layari MySonyMobile untuk menjawab beberapa soalan mudah dengan masa yang ditetapkan. Seterusnya, Sony akan memilih pemenang dan pengumuman akan dibuat di Facebook atau melalui panggilan telefon.

Kepada anda yang berhasrat untuk memiliki telefon pintar dari Sony Xperia ini, segera ke stor Sony yang berdekatan kerana tawaran ini sangat berbaloi serta jangan lupa untuk sertai peraduan “Malaysia Day” kerana anda mungkin berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

You might also like