Pengguna Xpax Kini Layak Beli Telefon Pintar Idaman Secara Ansuran

Jika sebelum ini pengguna pelan prabayar tidak berpeluang untuk memiliki telefon pintar idaman mereka dengan bayaran secara ansuran. Oleh itu, Celcom hari ini dengan bangganya melancarkan EasyPhone For Prepaid iaitu pelan ansuran peranti pintar khusus untuk pelanggan Xpax dan pelanggan baru. Bagi menjayakan pelan skim terbaru ini, Celcom telah melantik Aeon Credit Service Berhad sebagai rakan kongsi niaganya.

Pelan EasyPhone ini menawarkan 30 telefon pintar dari pelbagai jenama seperti Apple, Samsung, Huawei, Oppo, dan Xiaomi dengan kadar ansuran bulanan serendah RM74, malah Celcom juga akan menkreditkan masa berbual sebanyak RM30 selama 24 bulan kepada anda. Lebih menariknya, proses untuk skim ansuran ini tidak memerlukan wang pendahuluan ataupun kad kredit.

Bagi anda yang berminat, kini anda tidak perlu ke cawangan Blue Cube atau pusat Celcom kerana ia boleh dimohon secara atas talian. Permohanan untuk EasyPhone ini akan mengambil masa dalam tempoh 3 hari waktu bekerja. Bagaimanapun, jika anda salah seorang pemegang kad kredit Aeon atau Express Card, tempoh kelulusan akan dipercepatkan kepada 15 minit, wow!

Proses permohonan online lebih mudah dengan tiga langkah sahaja
atau mohon di mana-mana Blue Cube yang berdekatan

Dalam masa yang sama anda perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan termasuk pengenalan dan status pekerjaan. Selepas permohonan lulus, apa yang perlu anda buat ialah pergi ke mana-mana stor Blue Cube yang berhampiran untuk proses kutipan.

Melalui pelan EasyPhone ini Celcom berharap setiap rakyat Malaysia kini bebas untuk memiliki telefon pintar idaman mereka tanpa perlu dibebani kos yang tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Xpax hari ini.

You might also like