Rah Rah Russia Pusingan Kedua Akan Diadakan Di Dataran Pahlawan, Melaka

Pusingan pertama Rah Rah Russia telah diadakan di Sunway Carnival, Pulau Pinang pada pertengahan bulan ini. Seramai 100 pemain telah berentap dan hanya dua pasukan yang layak mendapat tempat di pusingan terakhir yang akan berlangsung di Sunway Pyramid pada 11 dan 12 Mei depan.

Sebelum tiba di pusingan akhir, Rah Rah Russia turut mengadakan jelajah dimana kali ini mengajak orang ramai sekitar Melaka untuk sertai pertandingan e-sukan ini. Bagi sesiapa yang ingin memenangi hadiah berupa wang tunai RM5,000 dan perjalanan menyaksikan FIFA World Cup 2018, mereka boleh mengasah bakat dengan bermain permainan bola sepak menggunakan konsol Playstation 4.

Buat masa ini, dua pasukan yang sedang menunggu di gelanggang akhir ialah Tyro_Dakota dan Marshmallow (solo). Ini bermakna lebih kurang enam pasukan lagi yang akan dipilih menerusi jelajah di:

  • Melaka – Dataran Pahlawan Merdeka Megamall (28 – 29 April 2018)
  • Pahang – Kuantan City Mall (5 – 6 Mei 2018)
  • Selangor – Sunway Pyramid (11 – 12 Mei 2018)

Setiap juara pusingan yang layak untuk berada di pusingan terakhir akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 secara pendahuluan. Manakala, juara keseluruhan akan menerima wang tunai bernilai RM5,000 dan dua tiket penerbangan ke Rusia untuk menyaksikan perlawanan bola sepak FIFA World Cup 2018. Sementara tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM3,000, manakala tempat ketiga keempat akan menerima RM1,000 setiap seorang.

Untuk menyertai Rah Rah Russia, anda boleh mendaftar di pautan RRRussia.

You might also like