
Huawei hari ini mengumumkan ketersedian kemas kini perisian terbaru yang menawarkan fungsi Face Unlock iaitu sistem nyahkunci menggunakan pengecaman wajah bermula esok, 25 Mei. Kemas kini ini akan diterima oleh pengguna Huawei Mate 10 di Malaysia melalui notifikasi yang dihantar.

Face Unlock pada Huawei Mate 10 membawakan dua ciri pilihan iaitu Direct Unlock (nyahkunci terus) atau Slide to Unlock (leret untuk nyahkunci). Ciri ini secara tidak langsung akan menyembunyikan notifikasi jika individu lain cuba membukanya. Ia akan memaparkan notifikasi pada skrin kunci hanya kepada pemilik telefon itu sahaja.

Pengguna Huawei Mate 10 di Malaysia boleh melakukan tetapan dengan pergi ke Settings > Security & Privacy > Face Unlock selepas memuat turun kemas kini yang diterima.
Jadi dengan adanya fungsi Face Unlock ini, pengguna tidak perlu lagi meletakkan jari pada alat pengimbas biometrik.
Reviu Eksklusif: Huawei Mate 10 / Mate 10 Pro – Sebuah Peranti Premium Yang Perlu Anda Pertimbangkan

