Uber Dan Proton, Memacu Industri Pengangkutan

Leon Foong, General Manager Uber Malaysia
Leon Foong, General Manager Uber Malaysia

Uber berbesar hati mendengar pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2017 baru-baru ini yang mengiktiraf impak Uber dalam menambah pendapatan golongan B40.

Di samping itu, kerjasama Uber dan Proton akan memudahkan rakyat yang berminat untuk menjadi pemandu Uber mendapatkan kemudahan dan sokongan. Menurut General Manager Uber Malaysia, Leon Foong, kerjasama tersebut amat sinonim dengan pelan pembangunan ekonomi negara kerana Uber merupakan pelopor di dalam industri ridesharing manakala Proton pula adalah pembuat kereta nasional yang cukup disegani.

irizpix-bajet-2017-iriz-rm4k-offerButiran kerjasama di antara Uber dan Proton akan diumumkan tidak lama lagi, dan Uber berharap agar kerjasama ini dapat membantu golongan B40 mendapatkan alternatif sumber kewangan yang lebih baik di zaman yang serba mencabar ini.

You might also like