Nantikan Pandang Pertama Honor 6X Dari Kami Pada Minggu Hadapan

headereRing telah dijemput Huawei untuk mengikuti sebuah program istimewa di mana kami akan berpeluang untuk mengenali dengan lebih rapat peranti terbaru Honor 6X. Sebelum kami ke sana untuk melihat dan mencuba Honor 6X, mari kita sama-sama lihat serba sedikit informasi mengenai peranti tersebut.

Smartphone Kelas Ekonomi Dengan Dwi-Lensa

1Honor dikenali sebagai salah satu jenama yang menawarkan peranti pada harga yang lebih mesra ekonomi. Honor 6X adalah sesuatu yang cukup istimewa kerana ia merupakan sebuah peranti mampu milik yang menawarkan spesifikasi kamera yang ada pada smartphone berstatus flagship. Kamera dwi-lensa merupakan sesuatu yang cukup hangat ketika ini, namun peranti dengan teknologi tersebut dijual pada harga yang amat tinggi, lantas menghadkan jumlah pembeli yang mampu mendapatkannya. Dengan Honor 6X, nampaknya smartphone dengan kamera dwi-lensa akan digunakan dengan lebih meluas.

Spesifikasi Cukup Bagus

2Honor tidak meletakkan fokus mereka pada kamera Honor 6X sahaja, komponen lain juga telah dinaik taraf. Honor 6X dilengkapi dengan cip pemproses Octa-core HiSilicon Kirin 655, 4GB RAM, 64GB ROM dan juga bateri berkapasiti 3340mAh. Spesifikasi ini sudah cukup bagus untuk digunakan secara intensif oleh pengguna masa kini.

Kualiti Binaan Premium

3Pada masa kini, peranti bajet juga hadir dengan bahan binaan dan kualiti fizikal yang premium. Honor 6X dilengkapi panel gelas melengkung 2.5D dan juga rangka metallic yang sekaligus memberikan keteguhan kepada peranti dan kepuasan ketika menggunakan Honor 6X.

 

Baca Juga

 

You might also like