U Mobile Mengembangkan Kawasan Liputan Di Sarawak Dengan Kerjasama Sacofa Sdn Bhd

(Dari kiri ke kanan) Sudarnoto Osman (Chief Executive Officer, Sacofa Sdn Bhd), Mohamed Zaid B. Mohamed Zaini (Managing Director, Sacofa Sdn Bhd), Wong Heang Tuck (Chief Executive Officer, U Mobile Sdn Bhd) dan Too Tian Jen (Chief Technology Officer, U Mobile Sdn Bhd) pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama.

U Mobile, syarikat telekomunikasi dengan rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan SACOFA Sdn Bhd, syarikat tempatan dengan hak eksklusif untuk membina dan menguruskan infrastruktur komunikasi di Sarawak.

Dengan kerjasama ini, U Mobile akan dapat memanfaatkan lebih 700 infrastruktur telekom SACOFA di seluruh negeri dan juga perkhidmatan jalur lebar syarikat itu untuk mempercepatkan perkembangan kualiti dan liputan rangakaian U Mobile di Sarawak.

CEO U Mobile, Wong Heang Tuck ketika majlis tersebut berkata syarikatnya sangat berbesar hati kerana dapat menjalin kerjasama dengan Sacofa, gandingan dua syarikat tersebut bakal memangkinkan lagi perkembangan U Mobile pada masa hadapan, terutamanya di Sarawak.

Pengarah urusan Sacofa, Zaid Zaini pula menambah U Mobile menerima manfaaat dari segi masa dan tenaga kerana menggunakan infrastruktur sedia ada milik Sacofa yang sekali gus memendekkan masa dan kos yang perlu ditanggung U Mobile.

You might also like