Cheap flights – Jetradar

IkonIbu anda seorang yang gemar melancong? Apa kata kali ini anda belanja keluarga untuk pergi bercuti. Bagaimana mendapatkan harga tiket yang murah? Apa kata anda muat turun sahaja aplikasi percuma untuk peranti Android iaitu Cheap flights – Jetradar. Menariknya aplikasi ini, anda boleh membeli tiket penerbangan dengan harga murah, di mana ia telah membuat perbandingan dengan lebih daripada 1038 syarikat penerbangan di seluruh dunia termasuklah AirAsia, Malaysia Airlines dan juga Malindo. Selain itu, pengguna juga akan diberitahu sekiranya terdapat tiket penerbangan yang mengadakan promosi. Jadi dengan adanya aplikasi ini, anda mampu membuat pilihan dengan lebih bijak untuk melancong bersama keluarga pada bila-bila masa sahaja!

1

Muat Turun

Android

  • RM 0
  • 18 MB
  • Android 4.0 dan ke atas
You might also like