
Aladdin Street : Platform E-Commerce Konsep Halal
Tidak lama lagi sebuah platform perniagaan atas talian berkonsepkan halal dan patuh syariah akan dilancarkan. Ianya merupakan produk tempatan dan diterajui oleh angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Platform itu akan berfungsi sama seperti Amazon dan AliBaba.
Aladdin Group of Companies akan berpusat di Kuala Lumpur dan mereka telah meletakkan sasaran operasi di 30 buah negara yang merangkumi negara-negara islam seperti Indonesia, Brunei dan negara timur tengah. Salah satu sebab platform itu diwujudkan adalah kerana terdapat permintaan yang tinggi dari kawasan terbabit untuk produk halal dan platform tersebut akan dapat merapatkan jurang permintaan dan pengeluar.Pengeluar dan peniaga yang ingin bernaung di bawah platform ini akan disaring secara teliti, salah satu kriteria penting adalah mereka perlu memiliki sijil halal dari JAKIM.

