
Ketahui Ranking Baik Pulih Smartphone Tahun 2016
Semalam kami ada kongsikan artikel berkenaan Apple AirPods yang hampir mustahil dibaik pulih. Skor baik pulih yang diberikan iFixIt merupakan tanda aras dan rujukan terbaik yang ada di Internet bagi mengetahui sama ada sesebuah peranti itu mudah dibaiki atau pun tidak. iFixIt setakat ini telah melakukan ulasan baik pulih bagi hampir kesemua peranti pintar yang dikeluarkan pengeluar utama. Menghampiri penghujung tahun 2016, iFixIt mengeluarkan ranking baik pulih bagi peranti sepanjang tahun 2016, mari kita lihat.
LG G5 merupakan peranti yang paling mudah dibaik pulih pada tahun ini dengan skor 8/10. Konsep modular yang diterapkan pada smartphone ini banyak membantu juruteknik dan pemilik peranti untuk melakukan proses baik pulih. Bateri dan komponen dalaman dapat diakses dengan mudah untuk melakukan pemeriksaan.
Samsung Galaxy S7 Edge merupakan smartphone paling sukar dibaik pulih kerana ia dibina menggunakan panel gelas yang memerlukan pengendalian yang sangat cermat. Selain itu gam yang digunakan dalam pembinaan peranti ini menyukarkan lagi proses peleraian peranti.
Mari kita lihat skor-skor bagi beberapa buah peranti utama tahun 2016.
Model | Skor Baik Pulih |
LG G5 | 8/10 |
Google Pixel / XL | 7/10 |
Apple iPhone 7 / Plus | 7/10 |
Apple iPhone SE | 6/10 |
Samsung Note 7 | 4/10 |
Samsung Galaxy S7 / Edge | 3/10 |