Celcom: Pengecualian SST Ke Atas Perkhidmatan Prabayar Akan Beri Impak Positif

Celcom Axiata Bhd hari ini menyokong penuh keputusan kerajaan untuk mengecualikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas perkhidmatan prabayar yang berkuat kuasa pada 6 September 2018.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Idham Nawawi dalam satu kenyataan berkata, komunikasi mudah alih itu sudah menjadi sebahagian penting daripada kehidupan harian rakyat.

Justeru, keputusan berkenaan akan memberikan kesan positif kepada ramai pengguna mudah alih prabayar di Malaysia. Difahamkan, Celcom juga akan menyediakan rebat cukai kepada pelanggan Malaysia yang telah membeli pelan prabayar sejak 1 Sept 2018.

Celcom komited untuk menyediakan kepada pelanggan pakej yang mampu milik, mendokong aspirasi dan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan lagi kebajikan rakyat Malaysia menerusi rangkaian kami di seluruh negara.

You might also like