Kad SD Paling Laju Di Dunia

Sony baru sahaja memperkenalkan kad SD paling pantas ketika ini. Menurut Sony, kad SD SF-G UHS-II mempunyai kelajuan read / write pada kadar 300MB/s dan 299MB/s, kelajuan ini pastinya akan mendatangkan manfaat yang besar kepada para profesional yang mengendalikan fail-fail bersaiz besar seperti jurugambar profesional.

Selain itu, kad SF-G adalah hadir dengan ciri kalis impak, kalis air, suhu, dan sinar X-ray. Menurut Sony, kad ini boleh didapati dalam variasi 32GB, 64GB dan 128GB. Sony tidak mengeluarkan sebarang maklumat harga, namun berkata kad ini akan memasuki pasaran sekitar bulan Mac.

You might also like