Groupon Malaysia Kini Dikenali Sebagai Fave

Perhatian kepada pengejar kupon, tawaran dan juga pelbagai pakej menarik di Groupon Malaysia. Laman tawaran paling popular ini akan disatukan ke bawah satu jenama dan akan beroperasi dengan nama Fave.

Integrasi ini akan meluaskan lagi skop tawaran yang disediakan di platform ini, lantas memberikan anda lebih peluang untuk menikmati pelbagai produk, servis dan macam-macam lagi pada harga ynag lebih rendah.

Penyatuan ke Fave adalah langkah susulan selepas proses pengambilalihan syarikat Groupon Malaysia pada November 2016 bagi mengembangkan perniagaan atas talian di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara. Bagi meraikan penyatuan ini, Fave menawarkan diskaun 15% ke atas pembelian pertama dengan menggunakan kod GOFAVE, promosi ini sah sehingga 28hb Februari 2017.

You might also like