Nokia 9 Tertiris?! Lima Kamera Kononnya…

Lima kamera?! What the…Okay, ini dia tindak balas kami apabila laman sesawang tersebar dengan gambar Nokia 9 yang hadir dengan lima kamera pada panel belakangnya.

Apa yang dapat dilihat melalui gambar bocor ini, panel belakang terdapat sebanyak lima kamera dengan logo Zeiss yang jelas. Susunan kamera ini sebenarnya agak kelakar kerana ia seperti lampu dalam bilik pembedahan (oppps…), sebelah kamera juga terdapat LED flash dan satu lagi model (infra-merah) yang masih tidak dapat dikenalpasti.

Nokia 9 ini dikhabarkan akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 845, menjadikan ia peranti flagship seterusnya dengan rekaan unik. Boleh terima tak rekaan macam ini?

 

 

You might also like