
Jam Tangan Pintar Android Wear Sulung Dari ZTE?!
Beberapa jam lagi Android Wear 2.0 akan dilancarkan dan bagi menghangatkan lagi suasana, ZTE dikhabarkan akan memperkenalkan jam tangan pintar pertama mereka yang akan menggunakan sistem operasi Android Wear 2.0.
Jam tangan pintar ini dilaporkan akan dikenali dengan nama ZTE Quartz dan kemungkinan besar dilengkapi fungsi selular 3G bagi membolehkan peranti ini melakukan dan menerima panggilan. Dari imej yang disebarkan di Internet, jam tangan pintar ini juga mengikut tren semasa jam tangan pintar dengan dilengkapi muka jam bulat yang menjadi pilihan majoriti pengguna masa kini.
eRing akan memaklumkan berita semasa Android Wear 2.0 dan ZTE Quartz apabila kedua-duanya diumumkan secara rasmi kelak.

