Promosi Samsung ‘Lagi Bola Lagi Raya!’ Bermula 1 Mei 2018 Sehingga 30 Jun 2018

Memandangkan kita bakal menyambut Hari Raya dan juga perlawanan Bola Sepak Piala Dunia yang akan tiba tidak lama lagi, Samsung Malaysia telah mengadakan promosi Samsung ‘Lagi Bola Lagi Raya!’ bermula 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018.

Lebih menarik, untuk masa terhad pengguna boleh mendapatkan promosi hebat televisyen keluaran Samsung sehingga RM6,000! Pengguna yang berminat untuk memiliki TV baru boleh mendapatkan Flat UHD TV model UA58NU7103 pada harga hanya RM3,499 dengan potongan harga sebanyak RM1,500. Manakala untuk Curved QLED TV model QA75Q8C pula boleh dimiliki pada harga RM30,999 selepas diskaun sebanyak RM6,000.

Selain TV, Samsung turut menawarkan diskaun untuk sistem audio dan juga pemain Blu-Ray dengan diskaun antara RM100 hingga RM500. Bagi yang berminat, anda boleh layari laman rasmi Samsung!

You might also like