Doogee Y300 Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan Dengan Harga RM599

Doogee-y300-14

Doogee Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru keluarannya untuk pasaran Malaysia yang dipercayai mampu menarik perhatian pengguna dengan rekaan luarannya yang bergaya. Doogee Y300 yang merupakan pengganti kepada model Y200 yang telah diperkenalkan di Malaysia pada Mac 2016 yang lalu bagi mewakili siri Doogee Youth.

Kombinasi permukaan kaca 2.5D daripada Corning Gorilla Glass pada panel depan dan belakang dengan kerangka aluminium pada Doogee Y300 berjaya menyerlahkan gaya yang sangat menarik dan premium. Malah ia juga tampil dengan kerangka slim berukuran hanya 6.7mm dengan berat 145g. Doogee Y300 yang menyokong paparan skrin IPS berukuran 5.0 inci beresolusi 720×1280 piksel berupaya menawarkan kontras yang baik, warna yang menonjol serta sudut pandangan yang terbaik.

Bagi memastikan kelancaran pengoperasian, Doogee Y300 telah dikuasakan oleh cip pemproses Quad Core berkeupayaan 64-bit daripada MediaTek MT6735 berkelajuan 1.3GHz dengan cip grafik Mali-T720. Ruang storan yang tidak mencukupi tidak menjadi isu pada Doogee Y300 kerana ia telah dilengkapi dengan memori dalaman mencecah sehingga 32GB dengan slot memori tambahan microSD yang berupaya menyokong sehingga 32GB lagi.

Doogee-y300-15Kelancaran pengoperasian juga tidak mengecewakan dengan kapasiti RAM sebesar 2GB. Manakala aspek penggambaran pula menampilkan lensa 13 Megapiksel daripada Sony IMX219 dengan lensa depan beresolusi 5 Megapiksel. Spesifikasi lain yang disokong termasuklah bateri berkapasiti 2200mAh, dioperasikan dengan Android 6.0 Marshmallow, dua slot kad SIM dengan sokongan rangkaian 4G LTE, dan hadir dalam tiga warna pilihan iaitu Black, White dan juga Gold.

Harga jualan Doogee Y300 adalah RM599.

 

You might also like