
Xiaomi Mi A1 Edisi Istimewa Berwarna Merah Diperkenalkan Di Indonesia

Kemunculan model pertama Xiaomi yang hadir dengan platform Android One iaitu Xiaomi Mi A1 telah berjaya menarik perhatian banyak pihak kerana ia menyokong spesifikasi yang sangat baik pada harga yang mampu milik. Kini selepas hampir dua bulan Xiaomi memperkenalkan edisi istimewa dalam warna merah untuk model asal Mi A1 iaitu Mi 5X di China, Indonesia dilihat menjadi negara luar pertama yang menerima baharu ini.

Xiaomi Mi A1 Edisi Istimewa ini hanya boleh dimiliki untuk satu tempoh yang terhad bersempena sambutan hari natal di Indonesia. Berdasarkan kepada Xiaomi Indonesia, peranti ini hanya boleh dimiliki secara eksklusif melalui laman membeli-belah atas talian Lazada di negara itu dan dijual pada harga yang sama seperti model biasa.
Baca juga:
Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi A1, Peranti Android Tulen + Dwi Kamera 12 Megapiksel

