Rebat RM100 Untuk vivo V5s Dengan Menukar Peranti Lama Anda

vivo Malaysia kini mengadakan kempen tukar beli peranti lama kepada peranti baru. Bagi anda yang masih menyimpan telefon lama atau usang yang tidak digunakan, ini adalah masanya untuk dapatkan telefon pintar terbaru vivo V5s pada harga RM1,099 (asal RM1,199).

Apa yang perlu anda lakukan ialah anda hanya perlu bawa telefon lama ke kedai konsep vivo yang berdekatan untuk mendapatkan rebat tunai RM100. Ia tidak kira sama ada telefon tersebut masih boleh digunakan ataupun tidak.

vivo V5s adalah sebuah telefon pintar yang membawakan ciri-ciri kamera khusus bagi mereka yang gemarkan swafoto. Ia hadir dengan kamera depan 20 Megapiksel dan 13 Megapiksel di bahagian belakang. Kuasa dalaman diperkuatkan dengan cip pemproses Octa-core 1.5Ghz Cortex-A53 bersama RAM 4GB dan storan dalaman 64GB yang boleh diperluaskan melalui kad microSD.

Peranti ini turut didatangkan dengan paparan IPS 5.5 inci HD penuh dan bateri sebesar 3,000mAh yang dijana sistem Android 7.0 Nougat.

Dalam masa sama, vivo juga menawarkan telefon pintar Y55s pada harga mampu milik iaitu RM699 (asal RM799) seunit. Tawaran ini boleh dinikmati bermula 1 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018. Bagi yang berminat, sila kunjungi kedai konsep vivo yang berdekatan atau kedai rasmi vivo atas talian di Lazada.

You might also like