HUAWEI Mate 10 Porsche Design Dibawa Masuk Ke Malaysia Pada Harga RM6,999

Berita baik kepada peminat Porsche Design, HUAWEI Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa mereka secara rasminya akan membawa masuk HUAWEI Mate 10 Porsche Design ke pasaran tempatan minggu ini, 8 Disember 2017.

Rekaan HUAWEI Mate 10 PD yang premium setanding jenama kereta mewah dari Jerman.

Bagi anda yang masih belum tahu, HUAWEI Mate 10 PD ialah peranti yang mempunyai rekaan hampir sama dengan Mate 10 Pro. Apa yang membezakannya ialah storan dalaman kini dipertingkatkan kepada 256GB.

Secara kasarnya, perbezaan ketara boleh dilihat pada rekaan luar yang lebih eksklusif dengan nama Porsche Design di depan dan juga belakang. Selain itu, ia masih kekal dengan cip pemproses Kirin 970, RAM 6GB, dan sistem operasi Android 8.0 Oreo serta EMUI 8.0.

Malah kerangka kalis air dan debu IP67 juga menempatkan bateri sebesar 4,000mAh bersama sambungan USB Type-C. Skrin pula hadir dengan paparan OLED 6 inci FHD+ turut menawarkan speaker audio stereo di atas dan di bawah tanpa bicu 3.5mm audio jack.

Didatangkan hanya dengan pilihan warna Diamond Black, HUAWEI Mate 10 Porsche Design dijual pada harga runcit RM6,999 seunit.

Pakej eksklusif ini berharga RM6,999

Menariknya, di dalam kotak pembungkusan terdapat adapter pengecas, wayar, fon telinga, adapter audio, dan sarung kulit serba hitam. Ia akan mula dijual pada 8 Disember, Jumaat ini di kedai-kedai rasmi HUAWEI Experience Store seluruh Malaysia.

You might also like