Jabra Elite 25e: Headphone Dengan Bateri Yang Terhebat Dalam Kelasnya

Jabra sebagai peneraju dalam bidang audio, baru-baru ini telah melancarkan Jabra Elite 25e, sebuah in-ear stereo neckband headphone yang menekankan bateri terbaik dalam kelasnya untuk panggilan wayarles dan muzik.

Jabra Elite 25e merupakan sebuah headphone mobiliti sepenuhnya bagi mereka yang sentiasa aktif dan memerlukan keberkesanan dan produktiviti yang optimum sepanjang hari. Ia dilengkapi bateri tinggi dengan hanya sekali cas dapat bertahan sehingga 18 jam, ini adalah prestasi terbaik bagi headset dalam kelasnya, sama ada digunakan untuk mendengar muzik atau membuat dan menerima panggilan.

Neckband mempunyai zon lentur yang boleh dibengkokkan dan rekaannya akan memastikan padanan yang hebat dan keselesaan sepanjang hari. Anda juga dapat menikmati bunyi in-ear yang lebih baik dengan EarGels™, gel telinga yang direka untuk memberikan pengalaman audio yang mengasyikkan. Rekaan baru ini memberikan padanan yang lebih tepat dan selesa, dapat mengurangkan ketirisan audio, malah juga dapat meningkatkan pengalaman pendengaran supaya kualiti bunyi tidak terjejas.

Dengan butang khas bagi kawalan suara dan bacaan mesej, anda boleh akses ke Siri dan Google Now dengan hanya satu sentuhan. Buat masa kini masih tiada produk di pasaran yang memberikan ketahanan bateri dan pengalaman sebegini pada harga RM429, bagi yang berminat boleh dapatkan di semua kedai Jabra di seluruh Malaysia.

Ciri-ciri Khas:
  • Ketahanan bateri sehingga 18 jam
  • Kalis angin dan air dengan pengiktirafan IP54
  • Rekaan neckband dan EarGelsTM yang lebih baik
  • Sambungan sehingga 8 peranti melalui Bluetooth dan 2 pada satu-satu masa dengan Multiuse
  • Butang kawalan suara khas yang dapat akses ke Siri dan Google Now

 

Baca juga:

 

 

You might also like