ZTE Zmax Pro, Phablet Mampu Milik

ZMAXPro-Banner-1920x500Inginkan sebuah smartphone dengan paparan skrin besar tetapi harga mampu milik? ZTE hari ini telah mengumumkan model terbarunya yang diberi nama Zmax Pro .

Phablet yang menampilkan skrin berukuran 6.0 inci dengan resolusi HD penuh, turut dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 617, RAM 2GB serta memori dalaman berkapasiti 32GB. Dari segi multimedia pula, Zmax Pro tidak ketinggalan menyokong lensa utama 13 Megapiksel PDAF (Phase Detection Autofocus) dan kamera hadapan 5 Megapiksel untuk berselfie.

ZTE-Zmax-Pro-1Kehadiran sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0 membolehkan anda mengecas peranti menggunakan kabel USB Type-C. Akhir sekali, dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow, ia turut disediakan dengan sokongan pengimbas cap jari yang terletak pada panel belakang phablet. Dijual pada harga USD 99 (kira-kira RM 394), buat masa sekarang phablet ini hanya dijual di pasaran Amerika Syarikat.

 

You might also like