Tempahan Jam Pintar COROS PACE Bermula Sekarang – Harga RM 1,149

2501
- Iklan -

Jika anda seorang yang gemar aktiviti mencabar seperti mendaki gunung, berenang dan sebagainya, mungkin anda perlu mencuba COROS PACE – yakni jam pintar multisport yang berteknologi tinggi di pasaran.

COROS PACE dibina dengan fungsi pemantau kadar jantung untuk mengesan semua aktiviti senaman anda. Dengan hanya satu langkah pengaktifan, jam pintar ini mampu menjejaki kelajuan, jarak, ketinggian, dan pelbagai metrik aktiviti lain yang berkaitan.

Bagi yang berminat, pra tempahan telah dibuka bermula HARI INI hingga 26 Februari 2019. Setiap tempahan, pelanggan boleh memilih sama ada untuk membeli pada harga istimewa iaitu RM1,149 (Harga asal: RM1,299) atau memiliki tali jam percuma. Maklumat lanjut layari : COROS Malaysia.