- Iklan -

MSI Creator 15 Diperlihat – Dijual Pada Harga Bermula Kira-Kira RM7700!!

Ada sesuatu yang menarik apabila MSI kini telah memperkenalkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai Creator 15.

Menariknya, peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 15.6″ dan dipadankan dengan resolusi 4K.

Jika dilihat dari aspek kuasa dalaman pula, peranti ini dikuasakan oleh Intel Core i7 – 10870H dan RAm sehingga 64GB dan storan SSD NVMe PCIe 1TB. Bagi GPU pula, ia hadir dengan NVIDEI GeForce RTX 3000 Max-Q.

Dari aspek kapasiti bateri pula, ia hadir dengan bateri sebesar 99Wh yang memberikan daya tahan bateri yang lebih mana. Peranti ini dijual pada harga bermula dari $1899 (kira-kira RM7700).

You might also like