OPPO R9s Black Edition Dijual Pada Harga RM1,828

OPPO Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan telefon pintar R9s Black Edition, sebuah warna baru yang kelihatan lebih elegan.

Dengan menggunakan tagline ‘kini lebih jelas’, ia merujuk kepada kepakaran kamera hadapan peranti ini. Kelebihan kamera depan dan belakang 16 Megapiksel dengan sokongan dwi-PDAF dan lampu LED flash akan menjadikan foto yang diambil lebih sempurna dan lebih jelas.

 

Neelofa dilantik menjadi duta terbaru bagi model R9s Black Edition, anda boleh mendapatkannya di semua kedai konsep OPPO dan kedai terpilih bermula pada 10 Mei 2017 depan pada harga RM1,828.

OPPO juga membuka pra-tempah mereka secara atas talian di OPPO Store bermula hair ini 3 Mei sehingga 9 Mei 2017, dengan hadiah istimewa sebuah Now 2 Smart Band bernilai RM199.

 

You might also like