
Soul Run Free Pro HD – Tanpa Wayar Dan Tahan Lasak
Anda sering bersenam dan berasa bosan tanpa muzik, Soul Run Free Pro HD adalah jawapannya. Fon telinga ini boleh digunakan dalam keadaan lasak dengan sambungan Bluetooth ke telefon pintar anda tanpa wayar yang terbelit di leher.
Balanced Armature Drivers memberikan keseimbangan suara yang jelas dan terang walaupun semasa anda berlari. Ia dijamin terletak di telinga anda tanpa terjatuh semasa latihan workout dilakukan.
Apabila senaman dibuat sudah pasti peluh yang banyak membasahi Soul Run Free Pro HD ini, anda tidak perlu risau kerana ia dicipta dengan teknologi Nano Coating yang kalis air. Di bahagian dalaman pula bateri boleh bertahan selama 12 jam dengan sekali pengecasan.
Anda boleh dapatkan Soul Run Free Pro HD ini pada harga RM650, dalam pilihan warna Hitam dan Biru di pengedar yang sah berdekatan anda.