
TIME dotCom Berhad (“TIME”) hari ini memperkenalkan OmniMesh, sejenis penyelesaian WiFi di rumah untuk memberi liputan WiFi di rumah dengan satu rangkaian tunggal yang lancar. OmniMesh melengkapi TIME Fibre Home Broadband dengan menyampaikan sambungan tanpa wayar yang kuat dan stabil ke setiap sudut di dalam rumah pada kelajuan yang konsisten untuk pengalaman Internet dalam rumah yang dipertingkatkan.

Peranti-peranti OmniMesh ini apabila dipadankan, akan menghasilkan rangkaian WiFi jejaring lengkap tunggal untuk liputan seluruh rumah dengan menangkap dan menyiar semula isyarat tanpa wayar ke sudut-sudut yang sukar dicapai, tanpa menjejaskan kelajuannya.
Penyelesaian TIME untuk masalah WiFi di rumah ini dibangunkan dengan teknologi Smart WiFi terkini yang memastikan semua penghuni rumah dapat berhubung dengan isyarat yang paling kuat dan laju secara automatik.
Selain itu, TIME juga telah meningkatkan kebolehannya untuk menjalankan diagnosis dan menyelesaikan masalah ketersambungan WiFi dengan lebih cepat dan tepat dengan penggunaan perisian pengurusan dan analisis Network Cloud Engine (NCE) dalam rangkaiannya.
Pelancaran ini menyaksikan TIME memperkenalkan dua model penghala (router) baharu untuk melengkapi pelan TIME Fibre Home Broadband. Tidak seperti penghala asas biasa yang memerlukan satu nodus jejaring untuk diletakkan di sebelahnya bagi membolehkan keupayaan WiFi jejaring berfungsi, penghala asas TIME didatangkan dengan teknologi WiFI terbina dalam. Ini menghasilkan persiapan WiFi jejaring yang lebih mampu dimiliki dan kurang peranti diperlukan untuk liputan yang meluas.
OmniMesh boleh didapati untuk semua pelan TIME Fibre Home Broadband dengan harga bermula RM99/bulan. Untuk memperingati pelancaran ini, TIME akan mengadakan promosi “Percuma Wifi Jejaring” di mana pelanggan 1Gbps akan mendapat pek Enhanced Starter secara percuma. Tawaran ini hanya sah untuk tempoh yang terhad.
Untuk maklumat lanjut mengenai OmniMesh dan mendaftar untuk pelan jalur lebar TIME atau membeli mana-mana produk dalam rangkaian perantinya, layari www.time.com.my/omnimesh.