Xiaomi Mi Note 2 Edisi Khas Diperkenalkan – Kekuatan RAM Sehingga 6GB

Kelancaran sesebuah smartphone terletak pada kapasiti RAM-nya, oleh itu, Xiaomi baru sahaja memperkenalkan versi terbaru phablet Mi Note 2 yang diberi nama Xiaomi Mi Note 2 Special Edition. Ia seterusnya akan dijual untuk pasaran China terlebih dahulu dan akan hadir dengan storan dalaman 64GB dan RAM sehingga 6GB.

Bukan itu sahaja, versi edisi khas ini juga didatangkan dengan pilihan RAM 4GB sementara spesifikasi lain masih lagi sama termasuk pemproses Qualcomm Snapdragon 821. Sumber tenaga yang disalurkan pula didatangkan daripada bateri sebesar 4,070mAh.

Peningkatan dari segi dalaman juga memberi kesan kepada harga jualan, tetapi berkemungkinan tidak jauh beza dari model yang asas.

 

You might also like