Xiaomi Mi Note 2 Dengan Paparan OLED Melengkung Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM2,499

Xiaomi baru sahaja mengumumkan penjualan model Mi Note 2 dalam pasaran tempatan dengan paparan jenis OLED 1080p melengkung di kedua-dua belah sisinya. Versi global ini hadir dengan RAM 6GB dan storan sebanyak 128GB, serta sokongan rangkaian global yang sesuai digunakan di negara ini. Peranti ini juga turut dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 821, bateri 4070 mAh, kamera utama 22.56 Megapiksel, sokongan audio HD, dan port USB Type-C.

Spesifikasi ringkas Xiaomi Mi Note 2:
  • Paparan gelas 3D melengkung depan dan belakang
  • 5.7 inci OLED, 1080p (386ppi)
  • Qualcomm Snapdragon 821 dan Adreno 530
  • RAM 6GB dengan storan 128GB
  • Android 6.0 Marshmallow
  • MIUI 8
  • Kamera 22.56 Megapiksel PDAF dengan dwi LED flash
  • Bateri 4070mAh, Quick Charge 3.0
  • NFC

Mi Note 2 akan mula dijual di Mi Store rasmi di Lazada, Mi Authorised Reseller Store (Penang) dan kedai-kedai tertentu (akan diumumkan) di seluruh negara pada Sabtu, 29 April 2017. Terdapat tiga warna pilihan yang boleh dimiliki iaitu Hitam, Emas dan juga Perak.

You might also like