Qualcom Perkenal Cip Pemproses Baharu Dikenali Sebagai Snapdragon 678!!

Sungguhpun kita sudah hampir tiba di penghujung tahun 2020, namun Qualcomm terus mengorak langkah apabila telah mengumumkan satu lagi cip pemproses yang dikenali sebagai Snapdragon 678.

Menariknya mengenai pemproses ini adalah ia hadir dengan kelajuan 2.2GHz. Tampil dengan 4 teras Cortex A-76 2.2 GHz serta empat teras Cortex A55 1.7 GHz.

Pasti ada yang tertanya-tanya adakah ia menyokongan 5G?? Pemproses ini hanya menerima sokongan 4G sahaja.

You might also like