

Hari ini secara rasminya Meizu membawa masuk telefon pintar ganjil Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus ke pasaran tempatan. Telefon pintar ini juga antara yang terawal membawa perubahan kepada industri telefon pintar global dengan penawaran konsep skrin sekunder di bahagian belakang.
Meizu Pro 7 yang dijual pada harga RM1,899 dilengkapi dengan paparan Super AMOLED bersaiz 5.2 inci 1080p. Manakala, Meizu Pro 7 Plus bersama tanda harga RM2,799 menerima skrin Super AMOLED 5.7 inci Quad HD.
Meizu memanggil skrin sekunder ini sebagai fenetre, ia ditugaskan menjadi paparan notifikasi, pemain lagu, dan bantuan swafoto menggunakan kamera belakang. Ini secara tidak langsung membantu pengguna memudahkan kehidupan seharian yang tidak ditawarkan pada peranti lain di luar sana.

Rekaan yang unik ini pula ditambah dengan fungsi kamera 16 Megapiksel f/2.0 di depan, dan dwi sensor Sony IMX386 12 Megapiksel f/2.0 di sebelah belakang untuk kedua-dua varian. Pengalaman fotografi lebih baik dengan adanya mod latar belakang kabur serta monokrom turut menjanjikan foto hitam putih yang berkualiti tinggi.
Pro 7 hadir dengan pemproses jimat tenaga Helio P25 sementara Pro 7 Plus pula menggunakan cip 10nm Helio X30 tercanggih dari MediaTek. Prestasi memainkan permainan mudah alih sama sekali tidak mengecewakan penggunanya.

Dioperasikan dari sistem antaramuka Flyme 6 dan Android Nougat, kedua-dua model dibangunkan dengan enjin kecerdasan pintar yang mampu membaca tabiat pengguna. Bagi sistem janaan pula ia menerima bateri sebesar 3,000mAh dan 3,500mAh untuk model Plus. Pengecasan juga lebih pantas – terima kasih kepada teknologi mCharge 4.0.
Meizu Pro 7 dengan memori 4GB / 64GB didatangkan dengan pilihan warna Merah, Emas, dan Hitam. Meizu Pro 7 Plus pula, boleh didapati dalam warna Hitam sahaja dengan memori setinggi 6GB / 128GB.

Pra tempah Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus sekarang menerusi rakan niaga Meizu di Lazada, 11street, dan Shopee dan dapatkan fon telinga Bluetooth E51 bernilai RM299 secara percuma. Di samping bawa pulang hadiah tambahan iaitu kotak misteri kesemuanya berjumlah RM498 apabila membuat pembelian untuk model Pro 7 Plus.
Meizu Pro akan berada di kedai pengedar yang sah bermula 21 September depan, sebarang pembelian pada tarikh itu dan selanjutnya, para pembeli akan menerima hadiah PERCUMA dari Meizu bernilai RM199 (sementara stok masih ada).
Dalam masa yang sama, Meizu Malaysia akan mengadakan jelajah di 7 ‘shop in shop’ dan kedai jenama dari 22 September sehingga 24 September kelak.

