Meizu Pro 7 Akan Menjengah Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Meizu Pro 7 yang baru dilancarkan pada bulan Julai lalu telah memperkenalkan ciri-ciri menarik salah satunya ialah kehadiran sebuah skrin sekunder di bahagian belakang peranti. Inovasi ini juga mengejutkan ramai pihak terutamanya pengamal media, mana tidaknya satu nama kecil dari China ini tampil dengan produk yang mengagumkan.

Oleh itu, Meizu Malaysia hari ini melalui laman Facebook telah mengumumkan bahawa peranti unik ini akan menjengah pasaran tempatan tidak lama lagi. Meizu juga melihat pasaran telefon pintar di Malaysia amat memberansangkan jadi dengan adanya barisan model siri ini, mereka dapat mengukuhkan serta mengembangkan jenama Meizu di Malaysia.

Seperti sedia maklum, Meizu Pro 7 didatangkan dengan dua varian iaitu Pro 7 dan Pro 7 Plus. Masing-masing hadir dengan saiz skrin 5.2 inci dan 5.7 inci dengan kedua-duanya menggunakan paparan HD penuh dan QHD 1440p. Apa yang uniknya ialah paparan sekunder terletak di bahagian belakang kerangka. Paparan kecil AMOLED ini berfungsi untuk memberikan notifikasi, penunjuk masa, malah membantu pengguna untuk mengambil gambar menggunakan kamera belakang.

Kuasa dalaman juga diperhebatkan dengan cip pemproses MediaTek Helio X30 untuk model Plus manakala, cip Helio P25 pada model biasa. Masing-masing menerima memori RAM 6GB / 128GB dan 4GB / 64GB ROM. Bateri berkapasiti 3,500mAh dan 3,000mAh ini mengoperasikan OS Android 7.0 Nougat. Sistem dwi kamera 12 Megapiksel di belakang dan 16 Megapiksel di depan melengkapkan konfigurasi utama peranti ini.

Walaubagaimanapun, harga bagi Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus masih belum dinyatakan oleh Meizu Malaysia.

You might also like