
Muslim Pro Nafi Jual Data Pengguna – Batal Kerjasama Dengan X Mode & Segera Lakukan Siasatan!!
Isu aplikasi Muslim Pro masih hangat diperkatakan dan ekoran daripada isu tersebut, Muslim Pro telah membuat satu kenyataan yang menafikan bahawa mereka telah menjual data peribadi pengguna kepada Amerika Syarikat.

Isu ini bermula apabila mereka telah berkerjasama dengan X-Mode bagi menguruskan dan memberikan penawaran yang lebih baik kepada pengguna. Namun, X-Mode yang mempunyai akses kepada data aplikasi tersebut telah menjual kepada Amerika.
Sehubungan dengan itu, Muslim Pro telah membatalkan kerjasama dengan X-Mode dan kini melakukan siastan mengenai isu terbabit.